Makluman.... Untuk paparan yang baik sila gunakan browser Mozilla Firefox dan resolusi 1024 x768!.... WTV8 dan WEBRTV TV Alternatif Online Kita!....

PLKN PROGRAM INDOKTRINASI UMNO !

Pengakuan terbuka Pengarah Bahagian Penyelidikan Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) Mohd Yusof Ahmad di dalam pertemuan antara Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) dengan pengurusan kanan Jabatan Latihan Khidmat Negara ( JLKN )pada 17 februari 2006 dan penggunaan gambar Nik Adli Nik Abdul Aziz sebagai simbol pengganas serta beberapa lagi grafik dan tuduhan yang berbentuk fitnah terhadap parti pembangkang dan sekolah agama rakyat ( SAR ) adalah bukti nyata PLKN kini dijadikan alat oleh parti pemerintah khususnya UMNO bagi menarik para peserta untuk bersama mereka. Lebih menyedihkan lagi PLKN kini dijadikan gelanggang politik pihak tertentu bagi menjaga agenda kepentingan politik peribadi masing-masing. Para peserta PLKN yang sewajarnya dilihat sebagai aset negara kini dilihat tidak lebih sebagai kumpulan generasi muda yang mudah untuk diperalatkan. Senario ini membuktikan kerisauan DPPP akan berlakunya penyelewengan fungsi PLKN bersebab dan wajar.Dengan peruntukan RM 500 juta setahun, usaha PLKN untuk mewujudkan kumpulan generasi yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi adalah menjadi sia sia.

DPPP melihat perkembangan ini secara serius terutamanya didalam hal yang berkaitan pendedahan penyelewengan modul latihan PLKN. Jelas sekali tindakan tidak beradab Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) melalui Bahagian Penyelidikannya dilakukan secara terancang dan didalangi oleh UMNO.

Ini kerana secara jelasnya tuduhan, labelan serta simbolan yang digunakan menafikan fakta bahawa :

I. Sehingga kini tiada satu pun mahkamah dinegara ini yang telah mensabitkan Nik Adli Nik Abdul Aziz sebagai pengganas sebagaimana yang didakwa.

II. Tiada satu pun mahkamah dinegara ini yang telah mensabitkan Nik Adli Nik Abdul Aziz di dalam mana-mana aktiviti, kejadian serta peristiwa yang berkaitan dengan keganasan.

III. Tiada satu bukti sahih yang telah dibawa ke mahkamah bagi menyatakan bahawa Nik Adli Nik Abdul Aziz sebagai Ketua KMM sebagaimana yang digambarkan melalui modul latihan tersebut.

IV. Tiada satu bukti bagi mensahihkan bahawa individu serta kumpulan individu yang dipamerkan didalam modul latihan itu melakukan sebagaimana yang didakwa.

V. Sehingga kini tiada bukti sahih yang mampu diberikan oleh mana-mana pihak bagi meyokong tuduhan SAR sebagai pusat latihan dan penanaman ideologi keganasan.

Maka secara jelasnya DPPP berpendirian tindakan tersebut sebagai satu tindakan yang:

  1. Berniat jahat dan berunsur fitnah. Di dalam hal Nik Adli DPPP berpendirian ianya merupakan satu propaganda murahan bagi melemahkan YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan bapa kepada Nik Adli. Tindakan ini secara jelas merupakan satu usaha untuk mengaitkan YAB Tuan Guru, PAS dan Kerajaan Kelantan pimpinannya dengan keganasan.
  2. Menghina Islam serta ummatnya dengan melabelkan sistem pendidikan tertua dinegara ini iatu SAR, yang telah terbukti berjaya melahirkan pimpinan masyarakat dan negara dari masa kesemasa sebagai pusat penanaman ideologi keganasan. Tindakan provokatif ini jelas dilihat bagi mengekang perkembangan dan peranan SAR.
  3. Tidak bertanggungjawab ini kerana tuduhan tersebut jelas menyinggung secara keterlaluan ahli keluarga individu yang dipamerkan sehingga menimbulkan keresahan dan tekanan kepada mereka.

Maka dengan itu DPPP menegaskan kepada pihak pengurusan PLKN agar menarik kembali serta menghapuskan sama sekali modul latihan tersebut. Begitu juga bagi memastikan kredibaliti PLKN itu terus dapat dijaga maka DPPP mendesak agar mereka yang terlibat di dalam penyediaan modul latihan yang ada kini melepaskan jawatan mereka kerana secara jelas mereka telah melakukan penyelewengan terhadap amanah yang telah diberikan kepada mereka.

Bagi mempastikan program PLKN sentiasa dipantau dari golongan tidak bertanggungjawab yang cuba merosakkan pemikiran generasi muda, beberapa langkah telah dibuat oleh DPPP. Antaranya:-

1. Melantik sdr Safarizal Salleh sebagai pegawai khas yang bertanggungjawab menangani isu PLKN termasuk menerima aduan orangramai khususnya para peserta PLKN,

2. Membuka talian khas(HOTLINE) 03-61899296,03-61895612 atau 0195655332, fax 03-61869618, email dpppusat@tm.net.my.

3. Telah menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara Tan Sri Lee Lam Thye agar mengambil langkah segera diatas kepincangan pengurusan PLKN,

4. Telah menghantar surat susulan kepada Tan Sri Lee Lam Thye agar semua modul PLKN disemak semula agar benar benar menepati matlamat pembinaan generasi berakhlak dan berdisiplin,

5. Telah memohon secara RASMI membuat lawatan ke beberapa kem PLKN.

MAZLAN BIN ALIMAN
NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

 
posted by dppk sekijang at 7:26 PM |


0 Comments: