Makluman.... Untuk paparan yang baik sila gunakan browser Mozilla Firefox dan resolusi 1024 x768!.... WTV8 dan WEBRTV TV Alternatif Online Kita!....

PEMECATAN PEKERJA WANITA ISLAM KERANA PEMAKAIAN TUDUNG : KERAJAAN PERLU BUKTIKAN KETEGASAN

Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) amat kesal dan kecewa atas isu pemecatan seorang pekerja wanita Islam ( dalam sektor perhotelan ) hanya kerana ketegasan beliau untuk mempraktikkan amalan yang menjadi syariat Islam; iaitu berhijab ( bertudung ) . Secara tegasnya DPPP berpendirian bahawa tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan hotel tersebut merupakan satu tindakan yang kurang ajar dan boleh diistilahkan sebagai satu perbuatan penghinaan terhadap Islam dan umatnya. Berikutan dengan itu DPPP mendesak :

  1. Penarikan semula arahan pemecatan tanpa syarat dan hak juga perlu diberikan kepada pekerja wanita Islam tersebut untuk terus berhijab.
  1. Tindakan tegas kepada pihak pengurusan hotel kerana secara terang melanggar hak asasi individu dalam mengamalkan ajaran agama, selain kerana tindakan yang jelas bertentangan dengan perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Bagi DPPP penyelesaian di atas hanyalah langkah awal yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi mempertahankan hak dan kepentingan umat Islam. Penyelesaian ini perlu disusuli dengan tindakan yang lebih proaktif bagi memberi kelegaan sebenar kepada umat Islam yang kini berhadapan dengan provokasi menyentuh sensitiviti agama secara keterlaluan. DPPP melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang amat membimbangkan. Terutamanya dengan senario terkini, dimana rentetan isu yang berlaku, seperti tindakan berani dan kurang ajar beberapa akhbar tempatan yang mengulang siar karikatur menghina Nabi s.a.w serta percubaan mencampuri urusan agama Islam lewat penghantaran memorandum oleh 9 menteri, dilihat mampu mencetus kemarahan dan menimbulkan rasa curiga yang bukan sedikit.

Peristiwa yang berlaku juga membangkitkan persoalan yang sukar dijawab. Persoalan-persoalan seperti :

  1. Mengapa dalam situasi yang mana negara ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan pemimpinnya heboh menjaja gagasan Islam Hadhari sebagai agenda pemerkasaan umat Islam tetapi dalam masa yang sama hak dan sensitiviti umat Islam sewenang-wenangnya di ganggu-gugat ?
  1. Mengapa wujudnya sesetengah pihak yang dilihat seakan-akan sengaja mencabar sensitiviti umat Islam melalui tindakan mereka yang kurang ajar ? Apakah agenda mereka yang sebenar ? Dan apakah tindakan kerajaan dan UMNO khususnya dalam hal ini ?
  1. Kemanakah perginya prinsip tolenrasi yang mendasari hubungan antara kaum dan agama dinegara ini ? Mengapa ketika berhadapan dalam situasi sebegini prinsip ini mudah benar terungkai ? Soalnya atas prinsip apakah amalan ini dibina ? Adakah ianya berdasarkan kefahaman jitu setiap kaum dan agama terhadap hak dan kepentingan bersama atau ianya sekadar berdiri di atas pentas rapuh politikus oportunis dan kini ianya menanti detik rebah ke bumi?
  1. DiManakah kebenarannya prinsip-prinsip Islam Hadhari itu sebagai panduan ummah jika dari hari ke hari penghinaan terhadap Islam dan umatnya semakin menjadi-jadi ? Jika benar Islam Hadhari itu adalah terjemahan daripada ajaran Islam yang sebenar tidakkah sepatutnya ia menjadi rahmat dan pelindung kepada umat Islam dan seluruh alam ? Jadi bagaimanakah peranan gagasan membangun dan maju bersama Islam Hadhari itu dapat menjadi realiti sedangkan dalam hal-hal asas bagi mempertahankan akidah dan maruah umat Islam itu sendiri ianya gagal berfungsi dan berperanan ?
  1. Adakah wujud provokasi luar yang menjadikan “wajah-wajah” negara ini sebagai topeng bagi merealisasikan agenda mereka untuk menggugat keharmonian rakyat dengan menimbulkan keraguan dan sentimen terhadap umat Islam di negara ini?

Persoalan-persoalan di atas hanyalah sebahagian daripada keraguan-keraguan yang perlu dinilai oleh rakyat terhadap kerajaan yang memerintah hari ini. Keraguan ini menyentuh tentang kemampuan dan kredibaliti kerajaan / UMNO yang mengaku mewakili aspirasi umat Islam negara ini untuk memimpin mereka ke arah yang lebih baik. Keraguan ini juga menyentuh tentang kemampuan kerajaan / UMNO untuk menjadi benteng kepada umat Islam. Jelas sekali dengan rentetan isu yang berlaku kerajaan / UMNO tidak berupaya. Kepincangan yang diperlihatkan cukup untuk dinilai dan diertikan oleh umat Islam sebagai satu kegagalan. Maka disebalik kegagalan ini umat Islam perlu bangkit untuk memartabat dan mempertahankan Islam sebagai satu sistem hidup yang syumul.


Mazlan bin Aliman

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

 
posted by dppk sekijang at 7:14 PM |


0 Comments: